Friday, October 23, 2009

my SUPERHERO part 1 (1996-1999)..

smlm aku mimpi aku jd power rangers..tiba2 je mimpi tu mmbuatkan aku tringtkan superhero2 aku mse kecik..aku rase korg2 sume pon msti ade superhero masing2..hehehe..antara superhero2 aku..xsure btol ke x kronologi

1. Flashman (mse ni aku umur aku lbih krang 4-5 thun)..






ni la robot2 diorg..





2.lepas flashman abes kuar plak Maskman..







3. pastu Mighty Morphin Power Rangers (sume berebut nk rangers merah..hahaha)




Alpha


zordon

megazo

4. then Jetman plak..(aku xsuke yg hitam,die suke cri gaduh ngan yg lain2)



ni Tetra..aku pling suke robot ni..sgt laju


great Icarus


setakat ni sajalah untuk part 1..ari ni aku ade test ADS..x study lg nih..
to be continue..

Wednesday, October 7, 2009

STH '09



syazwan (APM) yg cantekk...






















gambar last ngan Baby..
sayang Baby!!

Wednesday, September 9, 2009

waRkaH MeGat Panji Alam buAt Teja DarA Jelita..

Aduhai Teja dara jelita
apakah bendahara gelaran bapammu
maka kau digilai
atau kau sememangnya gadis rupawan
jinak-jinak merpati

Kurang apakah aku
putera raja Terengganu
sehingga tulus sebuah cinta
kau serah kepada sang hulubalang
biar tak semasyhur sahabat berlima
aku juga tangkas bermain senjata
perisaiku Syah Kertas, gajah perkasa

besar apalah gelaran Laksamana
kalau kau Teja tak mengenal pangkat
harta dan rupa
apa istimewanya Tuah
sehingga kau lupa usul-asalmu

Kau dan aku bagaikan kiambang
terapung di Sungai Pahang
terpisah oleh biduk Sultan Melaka
yang bertuah menuani Tuah

Matiku bahana mendambakanmu, Teja
gara-gara kesumat menular ke urat saraf
itu bang Tuah
Dik Jebat pun sanggup dibunuhnya
masakan tidak aku, musuh ketat Sultan berdaulat

Engkau sendiri
selepas diperdaya Tuah
masih kasihkah padanya
atau kepada Sultan kasihmu tertumpah
mana tahu kalau kau sesal menghampakanku
lalu ke mana nilai cinta hendak aku hela
aduhai Teja dara jelita



nukilan:
Zubaidah Abdul Wahab
Grupemuisi UKM

Saturday, September 5, 2009

selamatkan mereka..(xtaw nk post ape..at least dh x bersawang)

selamatkan badak2 kite..
mereka perlukan kite..
peliharalah mereka untuk anak cucu kite..
jangan abaikan pesanan ini...



cube tatapi wajah mereka..
mereka xberdaya..
mereka benar2 perlukan kite..

Tuesday, August 11, 2009

Ku Lihat Layu Dalam Melayu (Malique Too Phat)




Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Sunday, August 9, 2009

SWEET( saje membodek seseorang..)


sweet
kalimat keramat
yang sering meniti
dibibir manisnya,
bibir yang mampu
menciptakan secangkir
senyuman mengugurkan
bintang-bintang yang
bergemerlapan...

tutur katanya
sememangnya mampu je
memukau mata dan telinga
yang gigih memandang dan mendengar

gerak-gerinya
pasti mendesak Megat Panji Alam
mengenang Tun Tejanya..
mendesak Hang Tuah
mengenang Hang Li Po nya..


p/s: jari-jemari ini dipaksa menari-nari di atas papan kekunci bagi menyiapkan bodekkan ini :)
hehe...

Bulan..


Bulan
walaupun engkau tidak
setinggi mentari
walaupun hadirmu
hanya di malam hari
namun
keindahanmu sudah cukup
membuatkan
sang pungguk terus setia
menanti,
menunggu saat indah
bermandikan cahayamu

Walaupun sinarmu
milik sang mentari
namun
itu sudah cukup
memuaskan hati
sang pungguk yang
setia menanti...